Tuesday 20 August 2013

Simpanan Untuk Anak

Assalammualaikum,

Buat apa tuh petang cenggini? Yang dekat office dah pasti dan nyata tunggu waktu nak balik umah, macam haku..hahaha. Yang dekat umah, tentu tengah sibuk menguruskan anak dan sebagainya lah.Apa-apa pun semoga korang semua bahagia..muahahaa..
Ok,entry kali ne aku dok asyik dok pikir je satu hari ini. Sampaikan keje pun aku dah tak tentu hala..nasib bos aku takde tau..kalau tak haru haku.. Actually since sebelum aku beranak lagi, dah memang niat nak buat saving untuk anak aku. La ne dah umur 2 tahun 5 bulan masih lagi aku dok terkedek-kedek nak survey yang mana better dan memudahkan aku nanti nak saving. Untungkan anak zaman sekarang, parents semua dah siapkan everything untuk depa semua, termasuk anak aku la..nasiblah insurans untuk anak aku dah ada itu pun after aku mempush husband aku. Pasal insurans ne pun sebenarnya ada cerita sebab apa aku tekad nak amek insurans untuk zahra. Ini citenye, masa umur zahra dalam lingkungan baby lagi la, dia kerap demam sakit dan kena warded dekat hospital. Sampaikan disebabkan time demam kena pulak time nyawa-nyawa ikan je duit tuh, nak pegi private hopsital dah tentu mana nak cari fulus kan. nak taknak aku gagahkan juga bawa ke hospital kerajaan dan kalau ke klinik setiap kali dah pasti kena RM30.00 keatas. Kalau ke hospital kerajaan harus kena menunggu dan nak tunggu turn bukan nye cepat kadang-kadang mengambil masa lebih dari 1jam. Disebabkan waktu itu zahra dipaksa tahan kat ward disebabkan cirit-birit berdarah even masa tuh, zahra still aktif lagi la. Hamekk kaww..zahra kena pulak ward khas untuk penyakit berjangkit ne, dan sesiapa pun tak boleh masuk kecuali IBU& BAPA sahaja. Dengan keadaan aku sebagai ibu yang tak selesa, tambahan lagi anak lagi la kan. Satu bilik ada 6 katil bermaksud aku kena sharing dengan yg lain la. Time tu la macam-macam dugaan, dengan tidur tak cukup, tetiba plak zahra demam dan aku pun sampai demam dibuatnya gara-gara tak cukup tido. Keadaan sngt2 tak selesa, dan ms tu pemikiran aku tekad harus aku amek medical card utk zahra.Hampir seminggu aku kat hopsital, dah dibenarkan keluar alhamdulillah, then terus aku mencari insurans apa yang aku nak ambil. Dan kebetulan preduntial ada promotion untuk CLINIC CARD aku tak fikir panjang terus pm agent yang aku kenal melalui FB. Sebab aku pilih prudential, sebab ada clinic card. Kerana company aku dan husband tidak cover untuk anak sekiranya sakit dan sebagainya. So, aku pun jumpa agent tersebut dan diconggak monthly payment yang mampu aku bayar sebanyak RM150.00 sebulan. Kiranya setakat ne aku puas hati lah dengan agent insurans ne.So insurans ne cover untuk medical+clinic+saving+education. Alhamdulillah aku dah tak payah pikir apa lagi, kalo zahra demam aku tak payah nak pikir duit pegi je dekat mana-mana klinik yang panel dengan prudential,just tunjuk je kad. Abis cite,dan setakat ne pun zahra takde lagi la sakit yang teruk..minta zahra sihat hendaknya. Wahh, panjang lebar aku cite eh..so sekarang ne aku nak pilih mana satu yang patut aku buat saving untuk zahra, ada yang suggest amanah saham didik, sspn, dan macam-macam lagi. Sekarang ne aku akan terus mengoogle dan review pro and con dan aku akan bagitahu korang semua yang mana satu pilihan kalbu..cewahhh..oklah, tangan dan jari aku dah nak tergeliat neh,panjang sangat dah entry kali ne..heheheee..tata semua..take care yaw ")


Love 
Azila Azlen 

Monday 19 August 2013

Bio Velocity™ Sleep Mate

Bio Velocity™ Sleep Mateon  
Ujian klinikal menunjukkan bahawa terdapat peningkatan tahap tenaga ke atas subjek yang signifikan selepas menggunakan BV Sleep Mate



Keistimewaan:
1. Meningkatkan metabolism
2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel
3. Menggalakkan peredaran darah
4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
5. Meningkatkan tahap medan tenaga
6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan
8. Bersemangat dan bertenaga
9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi
10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal
11. Melegakan kepenatan dan kesakitan
12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
13. Menggalakkan fungsi jantung
14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti

Manfaat:
Melegakan sakit kepala, sakit haid, sakit perut, menghilangkan kesakitan otot, melegakan kesakitan gastrik, melegakan sakit belakang, menolong ketegangan leher, melegakan rasa kebas.

Cara Penjagaan & Penggunaan