Tuesday 30 July 2013

Persiapan Hari Raya 2013

Assalamualaikum,

Selamat tengahari semua, tengah buat apa tuh ye? Of course ada yang tengah duk sibuk-sibuk menyiapkan persiapan hari raya kan. Maklumlah hari raya tinggal seminggu je kan..hehehee..
Bagi aku alhamdulillah hampir selesai semuanya. Yela tahun ne pun as usual persiapan pun lebih kepada anak dara kami. Tahun ne dah 2 tahun, so lebih excited untuk mencantikkan dia di HARI RAYA nanti..muahahahaa..But takde la beria2 bagai nak rak kan..xbaik nak membazir. Cukupla sepasang baju kurung, dan berhelai2 dress dan seluar, kasut dan selipar untuk anak dara. Bagi aku dan suami,macam biasa hanya sepasang baju melayu dan baju peplum konon untuk aku kan. Beria ko nak peplum..harus aku xnk tertinggal. Walaupun badan size plus+plus..tapi dengan adanya PB harus aku yakin okay..hahahahaaa..Yang lain, hanyalah baju2 biasa dan keperluan yg lain lah. Tahun ne aku beraya di ALOR STAR, KEDAH. Harus rasa beronok2..sebab apa..sebab tahun ne adik beradik berkumpul dan kami sepakat nk bercuti ke PULAU LANGKAWI..hamekk kawwww..org dok sibuk beraya, yg kami ne sibuk nak bercuti..sonok oooooo...dan yang aku nk terjah sekali bila blk kampung, harus lah nk mengelilingi pekan aloq staq tuh..nk cr makan yg besh2..nanti aku tunjuk kat hampa semua noo..muahahahaa..ok lah aku nk say tata lah dulu..nnt aku smbng lagi ye..love you all..muahhh !!


Love,

Azila Azlen

Monday 29 July 2013

BIOZONE Car Sterilizer


Sistem purifikasi udara BIOZONE Car Sterilizer ini menggunakan teknologi “cold plasma” yang menggabungkan oksigen dan ion dalam udara untuk menghasilkan ozon (O3). Ozon dapat menyingkirkan bahan-bahan pencemar seperti VOC (volatile organic compounds) yang berbahaya dan bakteria, menyegarkan udara dan meneutralisasikan gas-gas beracun serta menyingkirkan bau tembakau dan bau-bau lain. Setelah ozon (O3) menguraikan bahan-bahan pencemar, ia akan kembali menjadi oksigen (O2) menjadikan kereta anda segar. Ia ringan, mesra alam, selamat dan mudah digunakan.
Apakah itu ozon? Adakah ia selamat?
Lapisan ozon merupakan satu lapisan yang berjarak kira-kira 20-30km dari bumi. Fungsi utamanya ialah menyerap sinaran ultra ungu serta melindungi manusia dan tumbuh-tumbuhan daripada sinaran ultra ungu kerana ozon mempunyai fungsi yang amat berkesan dalam membasmi bakteria, dan menghalang bakteria daripada membiak. Kuantiti ozon di dalam udara ialah kira-kira 0.01-0.04 ppm. US FDA menetapkan tahap maksimum ozon yang dibenarkan adalah 0.05 ppm di mana pembebasan ozon oleh BIOZONE Car Sterilizer adalah kurang daripada 0.03 ppm, maka ia adalah selamat untuk digunakan.

Berapa lamakah BIOZONE Car Sterilizer boleh bertahan?
BIOZONE Car Sterilizer boleh digunakan selama 3 tahun sekiranya ia digunakan setiap hari.

Bagaimanakah BIOZONE Car Sterilizer memperbaiki kualiti udara dalam kereta?
Ozon yang dihasilkan oleh BIOZONE Car Sterilizer dapat menyingkirkan bahan-bahan pencemar seperti VOC yang berbahaya dan bakteria, menyegarkan udara dan meneutralisasikan gas-gas beracun serta menyingkirkan bau tembakau dan bau-bau lain. Ozon (O3) menguraikan bahan-bahan pencemar menjadi oksigen (O2), menyediakan kereta anda bagaikan kesegaran dalam hutan.

Mengapakah kita perlu menggunakan BIOZONE Car Sterilizer di dalam kereta?
Kereta mempunyai ruang yang tertutup, maka VOC seperti formaldehid, benzena dan ammonia akan menghasilkan bakteria dan hama dalam keadaan suhu dan kelembapan yang bersesuaian dengannya di mana ini akan menjejaskan kesihatan manusia. Mereka yang berada dalam keadaan sebegini mudah berasa pening kepala, keletihan dan mual, malah dalam jangka masa yang panjang, mereka mudah menghidapi penyakit pernafasan seperti tonsilitis, bronkitis, pneumonia dan sebagainya. Hal ini akan menjejaskan kesihatan manusia. Pada masa yang sama, Staphylococcus aureus yang dijumpai di dalam kebanyakan kereta akan menghasilkan bau ganjil, debu dan kotoran turut mempengaruhi fungsi pendingin kereta, menyebabkan fungsi pendinginan dan pemanasan kurang berkesan. Oleh itu, BIOZONE Car Sterilizer diperlukan untuk membantu menyingkirkan kuman, meneutralisasikan gas-gas beracun dan menyingkirkan bau.

Bolehkah saya menggunakan BIOZONE Car Sterilizer di dalam rumah?
Tidak. BIOZONE Car Sterilizer direka khas berdasarkan ruangan dan kelengkapan dalam kereta. Soket dan kuantiti pembebasan ozon bagi BIOZONE Car Sterilizer juga direka khas berdasarkan kelengkapan dan ruangan kereta. Voltan di rumah yang terlalu besar akan menyebabkan BIOZONE Car Sterilizer terbakar. Selain itu, kuantiti dan liputan pembebasan ozon adalah terhad, maka ia tidak dapat memberikan kesan yang lengkap di rumah.

KELEBIHAN PRODUK

 CARA PENGGUNAAN

Masukkan BIOZONE Car Sterilizer ke dalam soket pemetik api rokok dan ia akan dihidupkan (dengan bulb yang menyala). Pasangkan pendingin udara untuk penyegaran udara yang berkesan. 

HARGA : RM 175.00

Call >> 011-11618915
Whatsapp >> 016-2248836
Email >> azilaazlen@yahoo.com
Fb: Azila Azlen

Serbuk Pencuci Pekat Eziclean


Serbuk pencuci pekat Eziclean dirumus dengan sistem serbuk pencuci yang unik dan mesra alam. Ia mengandungi pencegah karat dan bahan anti-endapan semula. Produk ini mempunyai natrium tripolifosfat, 3 jenis enzim, pencerah optik, kurang berbuih dan pekat formulanya.
Apakah keistimewaan serbuk pencuci pekat Eziclean?
Ia dirumus dengan sistem serbuk pencuci yang unik, bahan pencegah karat dan bahan anti-endapan semula.

Adakah serbuk pencuci pekat Eziclean mengandungi sebarang likatan atau Caustic Soda atau buih?
Serbuk pencuci pekat Eziclean tidak mengandungi sebarang likatan atau Caustic Soda. Di samping itu, ia kurang berbuih.

Apakah bau serbuk pencuci pekat Eziclean?
Bau haruman bunga-bungaan.

Adakah serbuk pencuci pekat Eziclean mengandungi pencerah optik?
Ya, serbuk pencuci pekat Eziclean mengandungi pencerah optik untuk memastikan pakaian supaya kekal kelihatan cerah dan baru.

Ramuan Utama / Kelebihan