Tuesday, 25 September 2012

BIOZONE FOOD PURIFIER



BIOZONE FOOD PURIFIER











Kelebihan BIOZONE Food Purifier

  • Selamat.
  • Keberkesanan dalam menyingkirkan bahan-bahan pencemar daripada makanan dan memelihara nutrien dalam makanan.
  • Keberkesanan dalam mengekalkan kesegaran makanan dan menyingkirkan bau busuk.
  • Pelbagai fungsi purifikasi ke atas makanan: Daging / Buah-buahan / Sayur-sayuran / Makanan Laut / Herba.
  • Penjanaan ozon yang konsisten dan mesra alam.



Ciri-ciri BIOZONE Food Purifier

  • Mudah beroperasi dengan menggunakan empat mod pengawal masa mikro-pemproses untuk menentukan masa purifikasi yang berbeza (3 minit/15 minit/30 minit/45 minit)
  • Tidak perlu menggantikan penjana ozon dengan kerap.
  • Penggunaan kuasa yang rendah ~ 35W.
  • 100% tiub silikon yang bergred medikal.
  • Batu seramik yang bergred tinggi.
  • Plastik ABS bergred tinggi yang menentang ozon.
  • Mudah alih, mudah digunakan dan mesra pengguna.



Cara Penggunaan BIOZONE Food Purifier

  1. Sediakan semangkuk air.
  2. Bersihkan makanan dan potong kepada kepingan.
  3. Letakkan makanan yang perlu dipurifikasi ke dalam mangkuk.
  4. Pastikan paras air menutupi makanan. (Isipadu air yang maksimum untuk purifikasi ialah 10 liter).
  5. Masukkan tiub silikon bergred medikal ke dalam mangkuk dengan merendamkan batu seramik di dalam air.
  6. Tekan butang pengawal masa untuk memilih masa purifikasi anda.




Question & Answer



IOZONE Food Purifier menggunakan proses pengkhususannya iaitu menyatupadukan bahan perintang ozon bagi mengubah oksigen (O2) menjadi ozon (O3). Ozon akan kembali menjadi oksigen setelah menjalankan fungsi untuk menyingkirkan bahan-bahan pencemar. 

Tiub silikon yang bergred medikal akan menyalurkan ozon ke dalam air di mana makanan direndamkan. Ketika gelembung-gelembung muncul, ia menandakan bermulanya proses purifikasi makanan dalam tempoh masa yang ditetapkan.


Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk purifikasi sayur-sayuran dan daging?
Sila rujuk buku panduan operasi yang terdapat di dalam kotak. Secara umumnya, semua jenis makanan (contohnya buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan laut) memerlukan masa selama 15 minit. Hanya daging (misalnya ayam, kambing dan lembu) memerlukan masa selama 30 minit. Masa operasi yang maksimum bagi BIOZONE Food Purifier ialah 45 minit di mana ia boleh digunakan untuk tujuan mandian atau kegunaan peti sejuk.
 
Tambahan pula, terdapat fungsi sanitasi ON / OFF selama 3 minit untuk satu liter air. Fungsi sanitasi ini dapat menyingkirkan bakteria pada permukaan makanan dengan cepat tanpa menggunakan air. Sekiranya anda mempunyai air yang berlebihan, anda boleh menggandakan masa berkadaran dengan kuantiti air anda. Isipadu air yang maksimum ialah 10 liter, sementara masa purifikasi adalah selama 30 minit.


Apakah yang akan berlaku sekiranya batu seramik atau tiub silikon pecah?
Sila beli dan gantikan dengan satu set baru yang terdiri daripada batu seramik dan tiub silikon.


Mengapakah saya perlu menjalankan penyelenggaraan selepas 2 tahun pembelian?
Juruteknik akan membuka BIOZONE Food Purifier untuk memeriksa dan membersihkan bahagian-bahagian dalaman termasuklah penentukuran dengan tujuan memastikan BIOZONE Food Purifier dapat beroperasi secara optimum dan bertahan lebih lama.


Adakah saya memerlukan masa purifikasi yang lebih lama sekiranya saya mempunyai banyak makanan?
BIOZONE Food Purifier direka khas untuk penggunaan di rumah sahaja. Andaikan anda mempunyai 3-4 hidangan ayam, masih memadai untuk anda menggunakan masa selama 30 minit untuk purifikasikan daging, asalkan anda mengikuti peraturan isipadu air maksimum, iaitu 10 liter.


Adakah ia menggunakan kuasa elektrik yang banyak?
Tidak. Ia hanya menggunakan kuasa elektrik yang minimum iaitu 35W sahaja, bagaikan anda menyalakan sebiji mentol di rumah.


Bagaimanakah caranya untuk mencuci batu seramik?
Cabutkan tiub silikon dari mesin. Gunakan berus gigi dan gosok permukaan batu seramik dengan lembut di bawah air yang mengalir. Selepas itu, biarkan ia kering. Anda juga boleh mengeringkannya sekali-sekala di bawah sinaran matahari. Sekiranya ada bau busuk, anda boleh purifikasikan batu seramik dengan air bersih selama beberapa minit, kemudian biarkannya kering.


Adakah nutrien makanan akan hilang dalam proses purifikasi?
Berdasakan kajian makmal terhadap daging yang dipurifikasikan, ia menunjukkan bahawa kebanyakan nutrien masih dikekalkan. Hal ini boleh dilakukan sekiranya anda menggunakan alat purifikasi yang berada dalam keadaan baik. Namun, jika anda menggunakan teknologi yang konvensional, ia mungkin akan mengurangkan sebahagian besar nutrien dalam makanan.


Adakah saya perlu mencuci makanan sekali lagi selepas proses purifikasi?
Anda tidak perlu mencuci makanan selepas proses purifikasi. Namun, sekiranya anda rasa perlu untuk mencuci makanan tersebut selepas proses purifikasi, anda boleh menggunakan air yang ditapis untuk mengelakkan bahan-bahan pencemar yang terkandung di dalam air paip. 


Berapa lamakah BIOZONE Food Purifier boleh bertahan?
Selepas dua tahun yang pertama, ia boleh bertahan asalkan anda menjalankan penyelenggaraan ke atas mesin tersebut setiap tahun sekali.


Mengapakah saya tidak boleh menggunakan bekas plastik? Apakah jenis mangkuk-mangkuk lain yang boleh digunakan?
Bukan semua plastik adalah bahan perintang ozon. Secara umumnya, kami tidak menggalakkan anda menggunakan mangkuk plastik. Adalah cara terbaik sekiranya anda menggunakan mangkuk keluli tahan karat atau mangkuk kaca.


Bolehkah saya menggunakan BIOZONE Food Purifier untuk membersihkan botol susu bayi?
Umumnya, kami tidak menggalakkan proses purifikasi secara terus ke atas plastik. Anda boleh purifikasikan air dengan menggunakan bekas kaca atau keluli tahan karat, kemudian menggunakan air yang telah dipurifikasi tersebut untuk membersihkan botol susu bayi.


Mengapakah gelembung terbentuk pada daging, namun ia tidak kelihatan pada sayur-sayuran?
Biasanya, gelembung terbentuk disebabkan oleh racun serangga yang larut dalam air, maka ia menyebabkan gelembung tersebut tidak kelihatan pada sayur-sayuran. Gelembung adalah satu rangkaian asid lemak yang lebih lazim dijumpai pada daging. Kebanyakan asid lemak mempunyai sebatian polimer yang sukar diserap oleh badan manusia. Jika badan anda mampu menyerapnya, ia sebenarnya telah masuk ke dalam peredaran darah di mana pengambilannya untuk jangka masa yang panjang mungkin memudaratkan kesihatan badan. 


Bolehkah saya menyingkirkan antibiotik daripada daging semasa proses purifikasi?
Gelembung yang terhasil tidak menunjukkan sebarang kesan antibiotik, namun dalam proses purifikasi selama 30 minit ini, laporan daripada kajian makmal menunjukkan bahawa tiada sebarang antibiotik dijumpai selepas proses purifikasi.

Adakah gelembung akan hilang sepenuhnya sekiranya saya menjalankan purifikasi untuk jangka masa yang lebih panjang?
Kemungkinan untuk gelembung hilang sepenuhnya adalah sukar sekali kerana lemak hanya akan disingkirkan melalui proses purifikasi apabila jangka masanya lebih panjang. Kesannya, lebih banyak nutrien akan hilang. Maka, kita tidak menggalakkan purifikasi daging untuk jangka masa yang lebih panjang.


Sesetengah sayur-sayuran dan buah-buahan terapung semasa proses purifikasi. Apakah yang perlu saya lakukan?
Anda cuma perlu menutup mangkuk dan tinggalkan satu ruang kecil untuk membenarkan tiub silikon untuk melaluinya, dan pastikan penutup tersebut bukan diperbuat daripada bahan plastik.


Bolehkah saya yakin bahawa BIOZONE Food Purifier dapat melakukan proses purifikasi 100%?
Kami tidak boleh menyatakan bahawa BIOZONE Food Purifier dapat purifikasikan bahan kimia 100%. Objektif kami adalah untuk mengurangkan bahan kimia sebanyak mungkin sebelum kita mengambil sesuatu makanan. Kebanyakan bahan kimia dapat disingkirkan oleh BIOZONE Food Purifier melalui proses purifikasi di mana kita mempunyai kajian-kajian makmal yang boleh dikongsi bersama. Teknologi ozon yang umumnya digunakan untuk purifikasikan air, makanan dan rawatan kolam renang telah dibuktikan secara saintifik di kebanyakan negara maju.
 
 
 

HARGA: RM 1,750/ SET
 
CALL / WHATSAPPs ME FOR SPECIAL PRICE AND FREE OF CHARGE POSTAGE WITHIN PENINSULAR & SABAH SARAWAK.
 
 
016-2248836
Facebook: Azila Azlen
 Email : azilaazlen@yahoo.com / azilaazlen@gmail.com

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

BB PLUS COLLAGEN



BB PLUS COLLAGEN





BB Plus diformulasikan untuk merangsang pengeluaran kolagen pada kulit bagi mengembalikan keremajaan dan kehalusan kulit secara menyeluruh. BB Plus dihasilkan daripada 5,000mg kolagen ikan terhidrolisis utk memberikan penyerapan yg baik. Kofaktor seperti ekstrak biji anggur & Vitamin C ditambah utk melindungi rantaian kolagen. Pengambilan BB Plus setiap hari dpt menyerlahkan keremajaan kulit & memberikan kesihatan yg menyeluruh.

Ramuan
Kolagen ikan terhidrolisis,  Ekstrak biji anggur, Vitamin C, Inulin, Serbuk jus blackcurrant, Serbuk jus roselle, Serat epal, Isomaltulos, Sukralos

Cara Pengambilan
Campurkan 1 paket BB plus dlm 150ml air. Elakkan menggunakan air panas. Kacau & sedia diminum. Pengambilan terbaik adalah sebelum makan atau sebelum tidur. 


1 Unit : RM 180.00 (WM) / RM 182.00 (EM) (1 Unit = 20 paket)

4 Unit : RM 720.00 (WM) / RM 728.00 (EM )

Promosi untuk tempoh terhad,pembelian 4 kotak BB Plus akan FREE

1 KOTAK BB Plus + I Unit Crystal Tumbler



CALL / WHATSAPP 0162248836
Facebook: azilaazlen
Email : azilaazlen@yahoo.com / azilaazlen@gmail.com

Monday, 13 August 2012

PERSIAPAN HARI RAYA 2012

Bagaimana dengan persiapan raya tahun ne??? Dah 100% siap or still ada lagi yang masih tercari2 ??hehheee..alhamdulillah tahun ne persiapan raya lebih kepada anak. Second raya with her, last year zahra masih lagi kecil almost 6 month xsilap. So 1st raya zahra pn da beratus2 habis..baju baby kan semua mahal2 ..apa2 pn rezeki anak kan. Tahun ne preparation memang 100% dekat zahra..alhamdulillah rezeki berbiznes dan rezeki zahra utk tahun ne. Lebih2 lagi dah pandai berjalan, lagi la menggila nak cari baju..semua da completed. Theme kami tahun ne merah..hohohoho.Utk ibu ngan ayah cukupla apa yg ada..sehelai baju kurung & kebaya dan ayah pulak sehelai baju melayu, 2 helai t-shirt dan seluar msh lagi mencari..dis week sure completed kan apa yg xde..ish..ish...mau memborong sakan plak after ne..for Mak , abah and mak mentua dah standby duit raya utk mereka..weeee..:)
Utk anak2 buah dan sepupu sepapat yg masih kecil..sure duit raya pn dah standby..yg besar tu cr duit sndrla ye..:)

Persiapan dr segi kuih raya memang xbeli..sbb thn ne raya dekat shah alam jer..lagipon bl time raya flat yg kitaorg duduk ne sunyi je sbb ramai yg blk kg..xmeriah mcm suasana kg kan..insyallah mgkn balik tg malim jumpa family sblm mereka semua berangkat balik kampung..xdpt ikt dorang blk kedah..tp xpe..umur panjang next year beraya di KEDAH..yeaaaayyy..:)

Tuesday, 7 August 2012

Congrate to Zieyla Modin

Entry kali ne, nak wish congrate to Zieyla modin aka my SIL..sbb dah pregnant lebih kurang 1bulan lebih..bunting pelamin kan :) 
Disahkan mengandung pada bulan ramadhan sama juga ms aku mengandung kan zahra dibulan ramadhan juga dapat tau..:)
Semuanye rezeki dibulan ramadhan..So kali ne giliran aku pulak take care of her because masa aku pregnant dl dia yg jaga aku. Start dr mula sampailah nk bersalin. Mcm2 dugaan kami lalui, awal mengandung g keje naik komuter, bas, teksi semuanye dgn dia. Smpi perut dah memboyot br hubby hantar..semua tu sweet memories..:)
Apa2 hal pn dengan dialah..satu tempat keje kan.sure la kena together2..dan a big thank you to kak puzi, ajib yg sngt sudi melayan kerenah aku dan bw aku makan kat tempat2 yg aku tingin nk makan. Mereka ne lah yg sll layan aku ms aku pregnant dulu..
Aku ingat lagi, masa aku dah kena admitted dekat ospital dia snggp blk keje dan terus g ospital after my MIL call dia dan cakap "KAK Ila da nk bersalin" dia tgh keje dan dpt panggilan trs g ospital..naik tren ke klang. Terharu actually, tgh2 aku berhempas pulas sakit sblm ditolak ke labour room ternampak kelibat dia ngn MIL dok tercari aku..hahahaa..snggp dia dtg semata2 nk tgk bakal ank buah dan aku la of course..ms aku ditolak ke labour room kat katil aku ramai dan aku nampak mak aku, tok aku,abg dan akak ipar aku dtg..kononnye dtg nk melawat aku..alih2 melawat aku dan anak..sonok woo..semua dtg ..:)
So, kali ne dia dah pregnant, so aku kenala jaga dia mcm dia jaga aku dulu..aku doakan dia diberi kesihatan yg baik, anak yg comel dan sihat tubuh badan..amalkan doa ne ye :)

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ya Allah jagalah anakku selama ada di dalam kandunganku dan sembuhkanlah dia, sesungguhnya Engkau adalah dzat yang bisa menyembuhkan, tiada obat kecuali obatMu yang tidak akan membawa penyakit
 
Ya Allah bentuklah dia dalam kandunganku dengan bentuk yang bagus dan tetapkanlah iman hatinya padaMu dan utusanmu
Ya Allah keluarkanlah dia dari kandunganku pada waktu aku melahirkan dengan mudah dan selamat

 
Ya Allah jadikanlah dia orang yang sehat, sempurna, punya akal, cerdas, alim mau mengamalkan ilmunya.

 
Ya Allah berilah dia umur panjang, badan sehat dan budi pekerti yang baik, dan berilah lisan yang fasih serta berilah suara yang baik guna untuk membaca hadist dan Al qur'an dengan mendapat berkahnya nabi Muhammad SAW

 
Segala puji bagi Allah yang menguasai sekalian alam.



A big thank you to you sbb slm ne jaga aku ms pregnant..dan ini masa untuk aku plak jaga ko..take care and snts dengar ckp org tua2 ye..: congrate to you and are yed..semoga dgn kehadiran cahaya mata mengeratkan lagi hubungan korang bedua..;)

Selingan gambar masa dorang kahwin 9th June 2012..








Friday, 27 July 2012

PROMOTION PREMIUM BEAUTIFUL CORSET



PROMOTION FOR RAMADHAN & HARI RAYA - PREMIUM BEAUTIFUL CORSET




Discount Up to RM400.00

+

Free Gift


PB WASH


Intrested???? Just call me 0162248836
Email - azilaazlen@yahoo.com










Tuesday, 24 July 2012

SERONOK BILA PAKAI PB

Salam ualls,

Actually entry kali ne aku nk share sket kenapa aku rasa teruja dan seronoknye bila pakai PB..Bila aku tak pakai PB aku dapat rasa lain dan rasa macam ada je yg xkena.

Tujuan utama aku nak pakai PB adalh kerana untuk membetulkan sistem peranakan aku yang aku rs makin sakit dan tidak selesa bl bersama dengan suami..sngt2 membuatkan aku tkt utk bersama dengan suami..dan keduanye sebab sembelit yg melampau..dan ketiga sebab period aku xbetul..:)

Aku tau psl PB ne pn drpd kwn aku yg juga LEADER aku dan sblm ne pn aku pernah dengan pasal PB ne..ms dl bl dengan je HARGA aku da ckp " alah...xmoo la ..mahal gile.." tp bl aku da merasai kesan nye aku rs amat2la rugi kenapa x dr dl lg aku beli dan boleh pakai masa dalam pantang...MAHAL tetapi berbaloi dengan kebaikan yg aku dpt skng ne...

Tak sampai sebulan aku pakai PB, aku da rasa bahagian peranakan aku xsakit mcm dl..kalo dl nk duduk bertinggung pn ngilu..alhamdulillah back to normal dan yg ke dua sembelit pn da xde..horaaayyy...sbb aku da merasai sengsara nye sembelit ..kdg2 berjam2 dlm toilet..hahahaa..siap menangis lagi..scary wooo...:)
Yang Ketiga period aku dtg kembali stlh 6 bulan xdtg since awl thn dan last month sngt2 wat aku hepi..actually kita perempuan ne risau tau period xdtg tkt perkara yg xdiingini berlaku kan...yg plng aku suka...no sengugt mcm dl2...kalo x..MC la jawabnye sbb da pucat lesi dok tahan sakit kan..walaupun 6 bulan xdtg period but aku still maintain mcm xde pa pe..no moody..everything ok..alhamdlulillah...dan this month period back to normal..sukanye...bkn sbb suka ponteng puasa..tp sbb aku da xperlu nk ssh ht...bl period lm xdtg..u alls akn rs xselesa kat body ..percayalah itu yg aku rasa selama ne..

Dengan izin allah dan berkat kesungguhan aku dan consisten aku memakai PB da hampir 3 bulan berat badan pn da turun almost 4 kg..sukaaaa....:)

Yg penting kita berusaha utk menjaga diri kita..sape lagi nk jg diri kita kalo kita sndr ..btl x??? So, anda diluar sana..xperlu nk risau atau gusar dengan corset ne..sebab dah terbukti..

So, sape2 yg berminat nk mencuba dan ingin beraya dengan body yg ada shape dan kesihatan pn terjaga...just PM/ TEXT / EMAIL / CALL me 0162248836...azilaazlen@yahoo.com..

Jangan malu2 okay...sure special price aku bg kat korang..:)


Monday, 23 July 2012

SALAM RAMADHAN

 


Salam Ramadhan Kepada Semua Umat Islam Di seluruh Malayasia
Semoga ramadhan kali ini memberi seribu erti dan makna buat kita semua..Amin
 

Tuesday, 17 July 2012

Pan Malaysia @ Thistle Hotel & Resort Port Dickson 2012

Rasanya da lama xupdate blog, mana tak nye sibuk nak prepare everything report yg big bos nak kan sblm attend meeting terbesar for all bosses2 in Skynet..:)

Ini yg kedua aku attend meeting wakil Network Dept - HQ , before ne as a station..rasa seronok sngt..sbb kali ne yg plng besh gile sbb ada TEAM BUILDING..hahahaaa..

Actually ms ada dengar ada TEAM BUILDING tu aku da rs aiiiihhh..mlsnye la nk wat aktiviti lasak ne..bukan nye apa sbb aku ne da memang tepu da pn nk wat aktiviti lasak ne..hahhaa..

After da start game, pergh gile beshh..sngt2 enjoy dan br la rs apa itu TEAMWORK..huhuhu..

Then mlm ahad, kami ada dinner and theme nye ialah TRADITIONAL NITE..xmoo ckp pnjng2 la...see the pic okay.....layan..:)


Grouping..aku group D, tgkla aku yg tgh dok wat pe ntah..


Berjalan da mcm kawad pn..:)


Team aku..bl naik ne cam nk terkencing woo..

Ini plng besh..siap ada yg berangkat berguling mcm2 la..TEAMWORK okay :)

Haa...apa yg dibincangkan tu ???
Meeting Room..semua fokus eh..:)
Haaa..bl meeting & dinner group aku plak SUP EKOR :)

Setia menunggu ketibaan


Inila dia yg kami tnggu...New Image for Skynet..:)

Mula la berposing..:)













With my boss....sporting babe..:)